Friday 19 July 2013

Kekurangan gajet ini dalam P&P

Antara faktor utama kekurangan gadjet ini dalam P&P.........

 1.  Faktor Kepakaran
 
Pembangun perisian mestilah memiliki pelbagai kemahiran serta pengalaman yang luas bagi
menghasilkan perisian yang berkualiti serta memenuhi kehendak pengguna pasaran. Kemahiran yang diperlukan adalah merangkumi kemahiran pengendalian komputer serta kemahiran penggunaan perisian-perisian yang berkaitan dalam pembangunan perisian contoh PowerPoint 2003.

Perisian ini walaupun mudah untuk dikuasai tetapi masih banyak kelebihan dan kemampuan perisian ini yang tidak diketahui kerana ia tidak dapat dikuasai jika hanya membaca buku panduan tetapi perlu dikuasai dengan belajar daripada pengajar yang berkemahiran tinggi. Ia bagi memastikan perisian yang dihasilkan mesra pengguna dan tidaknmengelirukan. Beberapa rujukan dilaksanakan bagi memastikan kemahiran yang diperolehi bermakna. Oleh kerana disebabkan faktor kepakaran yang lemah, perisian yang dihasilkan tidak beberapa memuaskan dari aspek isi kandungan dan aspek perisian itu sendiri. Tiadanya pengalaman dalam mengajar mata pelajaran Sains menyebabkan isi kandungan perisian ini lemah. Pelbagai rujukan telah dibuat bagi menghasilkan visual yang benar-benar baik serta sesuai dengan pengguna sasaran.

2.  Faktor Teknikal
 

Masalah teknikal masih tidak dapat dielakkan walaupun spesifikasi peralatan yang digunakan untuk tujuan pembangunan perisian telah memenuhi keperluan minimum. Masalah yang timbul adalah seperti putus bekalan elektrik, komputer rosak, serangan virus, kehilangan data serta prestasi kelajuan komputer yang agak perlahan ketika proses membangunkan perisian menganggu keluaran hasil yang berkualiti. Walaubagaimanapun, hasil dari rujukan, bantuan pensyarah dan pembantu makmal serta pertolongan dari rakan-rakan telah menyebabkan masalah tersebut dapat diselesaikan dan diminimumkan.

3.  Faktor Masa
 
Faktor masa merupakan salah satu elemen yang penting dalam menghasilkan perisian yang mesra pengguna, interaktif dan berkualiti tetapi disebabkan masa yang diperuntukkan adalah terhad dan tidak mencukupi, maka proses pembangunan perisian ini berjalan tanpa mengkaji beberapa keperluan atau kehendak pengguna. Penghasilan sesuatu perisian yang berkualiti tinggi memerlukan masa bagi mendapatkan pelbagai bahan yang perlu diserapkan ke dalam perisian dan kadang kala perlu dihasilkan sendiri bagi menambah keupayaan perisian ini. Sebagai contoh, video yang dipaparkan tidak dapat diperolehi dari mana-mana sumber menyebabkan pembangun terpaksa merancang dan menghasilkan sendiri video-video tersebut bagi memenuhi kehendak isi kandungan. Kekurangan masa telah menghadkan kesempurnaan perisian ini.



No comments:

Post a Comment