Penggunaan
teknologi dalam pendidikan mempunyai pelbagai kebaikan iaitu:
- Memotivasikan
pelajar.
- Mengaitkan
dengan kehidupan.
- Alat
sokongan dan perkongsian.
- Memartabatkan
profesion.
- Mengurangkan
kos.
Penggunaan
alat bantu mengajar (ABM) secara yang bijaksana dapat menjamin matlamat
tercapai. Oleh itu, para guru dan pendidik mestilah mempunyai pemikiran yang
kritis, inovatif dan kreatif dalam menyediakan ABM yang bersesuaian dan
menarik.
FAEDAH- FAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Kesan dan faedah adalah seperti berikut:
- Boleh
menjadikan pendidikan lebih produktif.
- Boleh
menjadikan pengajaran lebih bersifat 'individual'
- Menjadikan
pengajaran lebih berasaskan kepada hasil- hasil kajian yang lebih
saintifik.
- Boleh
menjadikan pengajaran lebih bersemangat dan bertenaga.
- Boleh
menjadikan pembelajaran pelajar itu lebih hampir dengan keadaan sebenar.
- Boleh
berkomunikasi di mana - mana sahaja selagi terdapat kemudahan internet.
- Boleh
menjadikan pendidikan itu lebih seimbang.
- Pelajar
yang sukar bercakap dan memberi idea dalam kelas lebih teransang atau
teruja. untuk memberi komen mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan oleh
guru.
PERANAN
TEKNOLOGI DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini memberikan peluang dan
cabaran seluas- luasnya kepada pelajar meneroka ilmu mengikut kehendaknya dan
memberikan peluang yang seluasnya kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan
kreativiti.
Guru perlu tahu bagaimana hendak menggunakan audio- visual dengan betul supaya
semua kemudahan yang ditawarkan oleh bahan audio- visual tersebut dapat
dipergunakan sepenuhnya.
Dalam memilih bahan- bahan tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran, guru
perlu menyematkan dalam fikiran tentang perkara- perkara yang perlu
dititikberatkan.
Antaranya ialah :-
- Sesuai
dengan taraf pendidikan pelajar dan pengetahuan am pelajar.
- Dapat
memperolehi maklumat dengan tepat.
- Kecemerlangan
dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan lain-
lain.
Kombinasi
pemilihan media yang hendak digunakan dalam pemgajaraan hendaklah tidak hanya
berdasarkan kepada kesesuaian setiap media dengan tujuan pembelajaran tetapi juga
bagaimana dan dengan cara apa ia dapat memberi maklumat dan kesannya ke atas
proses pembelajaran.
Antara Kelebihan Lainnya :-
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan
masing-masing.
2. Memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep sesuatu mata pelajaran.
3. Menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan
4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar
5. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali
PENGAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER
Pelajar
akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah
diprogramkan oleh guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga
simulasi.
Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya
mengandungi:
- Kemahiran
- Permainan
dan simulasi
- Analisis
statistik
- Mendapatkan
maklumat
Pengajaran
Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Antaranya ialah:
- Tutorial
- Latihtubi
dan latihan
Dengan
ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya dalam
menghasilkan BBM. Sebelum kita melihat lebih jauh lagi contoh- contoh BBM yang
boleh dihasilkan, terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan penggunaan lembaran
kerja kepada seseorang guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu:
- Penjimatan
masa
- Pemaparan
maklumat lebih menarik
- Pemupukan
budaya berfikir
- Agen
motivasi
JENIS-JENIS
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Dalam mengkategorikan jenis-jenis PPBK, kita perlu melihat kepada fungsi dan
objektif PPBK serta kaedah penyampaian yang digunakan. Dalam bahagian ini,
kita akan membincangkan tentang enam jenis PPBK iaitu:
Latih Tubi
Latih tubi adalah jenis PPBK yang dilaksanakan
untuk menilai pemahaman
pelajar atau pengukuhan dan ia dilaksanakan secara kendiri. Dalam latih tubi,
pelajar di berikan beberapa soalan dan komputer memberikan maklum balas
berdasarkan jawapan mereka.
Alessi & Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan
yang
sesuai digunakan dalam latih tubi.
Berikut adalah caranya:
- (a) Pilihan secara rawak di mana soalan dipilih dari senarai soalan-soalan
secara rawak.
- (b) Tersusun di mana soalan di susun mengikut suatu susunan yang
ditentukan terlebih dahulu.
- (c) Teknik flashcard di mana selepas pelajar menjawab satu senarai soalan, soalan-soalan yang dijawab dengan salah di susun semula dan di berikan semula kepada pelajar. Proses ini berterusan sehingga pelajar menjawab ke semua soalan dengan betul.
Anda mungkin berpendapat bahawa latih tubi tidak menggunakan sepenuhnya
kemampuan komputer. Sebenarnya, ia mempunyai kelebihan tersendiri seperti:
-
PPBK jenis latih tubi membolehkan pelajar mengawal perjalanan perisian kursus mengikut kesesuaian.
-
Menggalakkan pelajar menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan dan melalui proses penilaian sebelum mempelajari bahagian-bahagianseterusnya.
-
Grafik dan multimedia yang menarik boleh digunakan untuk memotivasi dan memberi maklum balas.
Contoh-contoh
Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer yang terdapat di
Pasaran adalah seperti berikut :
i) Fun Math With Arti Level 1/Level 2
Perisian
ini dapat memperbaiki kemahiran Matematik dengan cara menyeronokkan dengan
penggunaan elemen bunyi dan grafik yang berwarna-warni.
ii) Counting With Arti
Perisian
ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan dan menyusun nombor. Di
samping itu murid-murid juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan
nombor. Di dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang
menarik.
iii) Matematik Metalogix1
Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan di mana ia
mengandungi pelajaran Matematik dengan nota yang sistematik dan komprehensif.
Teknologi multimedia interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik
minat dan merangsang daya serap mental murid. Ia juga mengandungi permainan
yang menarik dan menyeronokkan.
iv) Cerdas
IQ
Melalui
perisian ini, ia dapat menolong murid-murid mencapai kecemerlangan dengan
menggunakan teknik multimedia. Merupakan perisian Multimedia Educational
Courseware(MEC) yang canggih mengikut sukatan KBSR Malaysia.