Friday 19 July 2013

Kelebihannya dalam P&P



Penggunaan teknologi dalam pendidikan mempunyai pelbagai kebaikan iaitu:
  1. Memotivasikan pelajar.
  2. Mengaitkan dengan kehidupan.
  3. Alat sokongan dan perkongsian.
  4. Memartabatkan profesion.
  5. Mengurangkan kos.
Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) secara yang bijaksana dapat menjamin matlamat tercapai. Oleh itu, para guru dan pendidik mestilah mempunyai pemikiran yang kritis, inovatif dan kreatif dalam menyediakan ABM yang bersesuaian dan menarik.

FAEDAH- FAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Kesan dan faedah adalah seperti berikut:
  1. Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif.
  2. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersifat 'individual'
  3. Menjadikan pengajaran lebih berasaskan kepada hasil- hasil kajian yang lebih saintifik.
  4. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersemangat dan bertenaga.
  5. Boleh menjadikan pembelajaran pelajar itu lebih hampir dengan keadaan sebenar.
  6. Boleh berkomunikasi di mana - mana sahaja selagi terdapat kemudahan internet.
  7. Boleh menjadikan pendidikan itu lebih seimbang.
  8. Pelajar yang sukar bercakap dan memberi idea dalam kelas lebih teransang atau teruja. untuk memberi komen mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan oleh guru.
PERANAN TEKNOLOGI DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini memberikan peluang dan cabaran seluas- luasnya kepada pelajar meneroka ilmu mengikut kehendaknya dan memberikan peluang yang seluasnya kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan kreativiti.
Guru perlu tahu bagaimana hendak menggunakan audio- visual dengan betul supaya semua kemudahan yang ditawarkan oleh bahan audio- visual tersebut dapat dipergunakan sepenuhnya.
Dalam memilih bahan- bahan tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran, guru perlu menyematkan dalam fikiran tentang perkara- perkara yang perlu dititikberatkan. 
Antaranya ialah :-
  1. Sesuai dengan taraf pendidikan pelajar dan pengetahuan am pelajar.
  2. Dapat memperolehi maklumat dengan tepat.
  3. Kecemerlangan dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan lain- lain.
Kombinasi pemilihan media yang hendak digunakan dalam pemgajaraan hendaklah tidak hanya berdasarkan kepada kesesuaian setiap media dengan tujuan pembelajaran tetapi juga bagaimana dan dengan cara apa ia dapat memberi maklumat dan kesannya ke atas proses pembelajaran.

 Antara Kelebihan Lainnya :-

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.
2. Memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep sesuatu mata pelajaran.
3. Menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan
4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar
5. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali



PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah diprogramkan oleh guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi.
Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya mengandungi:
  • Kemahiran
  • Permainan dan simulasi
  • Analisis statistik
  • Mendapatkan maklumat
Pengajaran Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:
  • Tutorial
  • Latihtubi dan latihan
Dengan ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya dalam menghasilkan BBM. Sebelum kita melihat lebih jauh lagi contoh- contoh BBM yang boleh dihasilkan, terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan penggunaan lembaran kerja kepada seseorang guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:
  • Penjimatan masa
  • Pemaparan maklumat lebih menarik
  • Pemupukan budaya berfikir
  • Agen motivasi
JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Dalam mengkategorikan jenis-jenis PPBK, kita perlu melihat kepada fungsi dan
objektif PPBK serta kaedah penyampaian yang digunakan. Dalam bahagian ini,
kita akan membincangkan tentang enam jenis PPBK iaitu:
Latih Tubi
Latih tubi adalah jenis PPBK yang dilaksanakan untuk menilai pemahaman
pelajar atau pengukuhan dan ia dilaksanakan secara kendiri. Dalam latih tubi,
pelajar di berikan beberapa soalan dan komputer memberikan maklum balas
berdasarkan jawapan mereka.
Alessi & Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yang
sesuai digunakan dalam latih tubi. 

Berikut adalah caranya:
  1. (a) Pilihan secara rawak di mana soalan dipilih dari senarai soalan-soalan
    secara rawak.
  2. (b) Tersusun di mana soalan di susun mengikut suatu susunan yang
    ditentukan terlebih dahulu.
  3. (c) Teknik flashcard di mana selepas pelajar menjawab satu senarai soalan, soalan-soalan yang dijawab dengan salah di susun semula dan di berikan semula kepada pelajar. Proses ini berterusan sehingga pelajar menjawab ke semua soalan dengan betul.

Anda mungkin berpendapat bahawa latih tubi tidak menggunakan sepenuhnya
kemampuan komputer. Sebenarnya, ia mempunyai kelebihan tersendiri seperti:

  1. PPBK jenis latih tubi membolehkan pelajar mengawal perjalanan perisian kursus mengikut kesesuaian.
  2. Menggalakkan pelajar menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan dan melalui proses penilaian sebelum mempelajari bahagian-bahagianseterusnya.
  3. Grafik dan multimedia yang menarik boleh digunakan untuk memotivasi dan memberi maklum balas.
Contoh-contoh Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer yang terdapat di Pasaran adalah seperti berikut :
       i) Fun Math With Arti Level 1/Level 2
Perisian ini dapat memperbaiki kemahiran Matematik dengan cara menyeronokkan dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang berwarna-warni.
     
ii) Counting With Arti
Perisian ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan dan menyusun nombor. Di samping itu murid-murid juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor. Di dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang menarik.
    
iii) Matematik Metalogix1
Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan di mana ia mengandungi pelajaran Matematik dengan nota yang sistematik dan komprehensif. Teknologi multimedia interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang daya serap mental murid. Ia juga mengandungi permainan yang menarik dan menyeronokkan.
    
iv) Cerdas IQ
Melalui perisian ini, ia dapat menolong murid-murid mencapai kecemerlangan dengan menggunakan teknik multimedia. Merupakan perisian Multimedia Educational Courseware(MEC) yang canggih mengikut sukatan KBSR Malaysia.



No comments:

Post a Comment